Pekan Bandar Diraja, Pahang
Daerah Pekan merupakan daerah ke empat terbesar yang terletak di bahagian Timur Negeri Pahang. TOPONOMI. Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar Di Raja, kerana tempat bersemayam Sultan serta kerabat di Raja Pahang dan juga merupakan pusat pentadbiran ketika itu. Pekan pernah menjadi ibu negeri Pahang dari tahun 1889 – 1898.